Mihrab Coaching 6.0 : Meniti A’inul Yaqin

Alhamdulillah.. tarbiyah Allah sentiasa sahaja mendokong kehidupan kita. Silih berganti nikmat dan ujian dariNYA untuk kita sampai padaNYA.
Bagi pihak Mihrab Coaching, dengan izinNYA, kami telah cuba semampu mungkin untuk membawa kita semua iltizam dengan jalan ilmu agar lebih faham dan tidak keliru dengan pelbagai aspek penting dalam perjalanan kita menujuNYA.
Namun, ilmu sahaja tidak memadai, semata-mata ilmu tidak akan dapat menggerakkan kita untuk istiqamah melalui jalan ini.
Justeru, kami ingin membawa para sahabat bersama-sama dalam kajian kami terhadap konsep a'inul yaqin... Satu tahap lagi selepas ilmu yaqin.
MashaaAllah.. apatah lagi di hadapan kita ada Madrasah Ramadhan, insya Allah , yang bakal kita nikmati. Mudah-mudahan membawa kita kepada perjalanan 'Ainul Yaqin. Iaitu kemantapan keyaqinan kepada Allah menerusi penghayatan ilmu, mujahadah, latihan amal soleh yang berterusan dan yang paling penting , PERTOLONGAN & RAHMAT ALLAH kepada kita.
Kami dahulukan penyertaan sahabat-sahabat dengan doa dari kami agar Allah memberkati segala yang Allah kurniakan kepada tuan puan semua. Usia yang barakah, anak2 yang diberkati, keluarga sakinah, harta yang suci dan subur, ilmu yang bermanfaat, seluruh hidup menjadi jariah besar , aamiin Ya Rabb.
Dari Dr Ustaz Azahar bin Yaakub & Datuk Dr Ustazah Norhafizah
Pesanan Ramadhan oleh Ustazah
- Mengandungi 4 topik besar (Boleh rujuk poster di atas)
- Mempunyai 8 sesi ( 9.30pagi - 10.30pagi) & (10.45pagi- 11.45pagi)
- Pengajian berlangsung di FB Group Exclusive
Di bawah ini senarai tarikh pengajian Mihrab Coaching 6.0 | Intensif : Meniti A'inul Yaqin
Ada sahabat yang bertanya bila live dan saya terlepas kelas, adakah saya boleh tonton semula?
Insyallah boleh. Sahabat-sahabat yang sertai kelas Mihrab Coaching boleh tonton berulangkali untuk ulangkaji dan tambahkan kefahaman. Sekiranya bekerja atau balik kampung pada tarikh tersebut, boleh tonton balik. Insyallah, Boleh baca nota-nota sahabat di ruangan komen untuk tambahan ulangkaji.
Di bawah ini adalah workflow pengajian Mihrab Coaching 6.0 | Intensif : Meniti A'inul Yaqin
Terima kasih kepada alumni Mihrab yang telah menyertai Kelas Pengajian Mihrab Coaching sebelum ini. Moga bermanfaat dan beroleh kebaikan.
Mari duduk dalam circle ini, dalam halaqah ini, yang lebih exclusive dalam masa yang sama tuan/puan juga adalah komuniti Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang sekarang sedang giat pembinaan tapi masih memerlukan kepada dana yang besar untuk melengkapkan satu kompleks yang agak besar, iaitu Kompleks Madinatul Huffaz.
Terima kasih semua. Selamat datang. Alhan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum kepada satu program exclusive Mihrab Coaching 6.0 | Intensif : Meniti A'inul Yaqin
Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami ya Allah, ampunilah kami ya Allah. Mudah-mudahan Engkau bimbing kami, berikan kami ilham yang terbaik, kebijaksanaan, hati yang mulia ya Allah untuk kami dapat mengenalmu dan mendapat keredhaanmu. Amin.
Moga selepas kelas ini kita akan lebih terasa kemanisan iman dan khusyuk dalam ibadah dalam meniti a'inul yaqin. Moga Ramadhan yang bakal kita nikmati selepas kelas Mihrab ini memberi makna yang besar dalam hidup kita dalam membentuk qalbun saleem dan peribadi taqwa.
Yuran Komitmen : RM199
Bila Link FB Group Exclusive MC akan dapat?
- FB Group Exclusive MC akan dapat melalui email selepas pembelian disahkan dalam tempoh 24jam. Pastikan email betul dan sila semak email dari pihak Elhafeeza untuk sertai group FB.