Mihrab Coaching 8.0 : Tajdid Diri

Segala yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan rakaman perjalanan hidup kita yang mengandungi kisah suka dan duka yang silih berganti. Semoga hari yang bakal ditempuh lebih baik daripada semalam yang telah berlalu. Dan esok, semoga lebih baik daripada hari ini.
Tajdid bererti perubahan ke arah yang lebih baik. Setiap hari kita ingin jadi orang yang baru. Orang yang lebih baik dari semalam.
Setiap dari kita mahu berubah menjadi lebih baik tetapi adalah mustahil jika kita berubah seandainya cara berfikir dan cara bertindak tetap sama seperti biasa. Bagaimana cara kita berfikir dan bagaimana cara kita bertindak selama ini, itulah yang menghasilkan apa yang kita ada sekarang ini.
Oleh itu untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan lebih baik, kita perlu ubah teknik berfikir dan seterusnya ubah cara kita menghadapi dan bertindak terhadap apa yang difikirkan. Untuk mengubah cara berfikir agar kita lebih berkembang maju kehadapan, kita perlukan ilmu.
Insyallah, tema Mihrab Coaching kali ini adalah Tajdid Diri. Dalam siri pengajian kali ini, Dr Ustaz Azahar Yaakub dan Datuk dr Ustazah Norhafizah Musa akan membimbing para peserta bagaimana untuk tajdid diri dari sudut emosi, mental dan spritual. Moga ia mebantu untuk hari-hari kita menjadi lebih baik dalam meraih redha Allah.
Mari upgrade diri kita. insya Allah menerusi Komponen Asas : Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal perlu diperbaharui dengan kematangan. Insya Allah dengan olahan dari aspek-aspek penting Psikoterapi Islam, TAJDID DIRI akan dibentangkan dengan lebih objektif.
Pengajian Mihrab Coaching 8.0 | Tajdid Diri
- Mengandungi 4 topik besar (Boleh rujuk poster di atas)
- Mempunyai 4 sesi ( 9.00pagi - 10.00pagi) & (10.30pagi- 11.30pagi)
- Pengajian berlangsung di FB Group Exclusive
Di bawah ini senarai tarikh dan modul pengajian Mihrab Coaching 8.0 | Tajdid Diri
Ada para peserta bertanya, adakah saya boleh tonton semula siri pengajian yang lepas?
Insyallah boleh. Para peserta yang sertai kelas Mihrab Coaching boleh tonton berulangkali untuk ulangkaji dan tambahkan kefahaman. Sekiranya bekerja atau ada komitment lain pada tarikh tersebut, boleh tonton balik. Insyallah, Boleh baca nota-nota para peserta lain di ruangan komen untuk tambahan ulangkaji.
Di bawah ini adalah workflow pengajian Mihrab Coaching 8.0 | Tajdid Diri
Terima kasih kepada alumni Mihrab yang telah menyertai Kelas Pengajian Mihrab Coaching sebelum ini. Moga bermanfaat dan beroleh kebaikan.
Mari duduk dalam circle ini, dalam halaqah ini, yang lebih exclusive dalam masa yang sama para peserta juga adalah komuniti Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang sekarang sedang giat pembinaan tapi masih memerlukan kepada dana yang besar untuk melengkapkan satu kompleks yang agak besar, iaitu Kompleks Madinatul Huffaz. Insyallah, dengan menyertai Kelas Mihrab Coaching ini, para peserta juga merupakan salah seorang penyumbang kepada pembangunan Maahad Tahfiz Madinatul Huffaz fasa 2.
Terima kasih semua. Selamat datang. Alhan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum kepada satu program exclusive Mihrab Coaching 8.0 | Tajdid Diri
Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya,maka Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami ya Allah, ampunilah kami ya Allah. Mudah-mudahan Engkau bimbing kami, berikan kami ilham yang terbaik, kebijaksanaan, hati yang mulia ya Allah untuk kami dapat mengenalmu dan mendapat keredhaanmu. Amin.
Moga selepas kelas ini kita akan lebih terasa kemanisan iman dan khusyuk dalam ibadah. Moga mihrab coaching kali ini memberi makna yang besar dalam hidup kita dalam membentuk qalbun saleem dan peribadi taqwa.
Yuran Komitmen : RM89
Bila Link FB Group Exclusive MC akan dapat?
- FB Group Exclusive MC akan dapat melalui email selepas pembelian disahkan dalam tempoh 24jam. Pastikan email betul dan sila semak email dari pihak Elhafeeza untuk sertai group FB.
Sebarang pertanyaan, boleh whatsaap customer servis di 019-6066697