Mihrab Coaching 9.0 : Ibrah Dari Taqdir

Sekali sekala kita renungkan kisah mereka yang pernah diuji oleh Allah SWT, menghadapi kehidupan memeritkan supaya daripada pengalaman itu kita dapat mengambil semangat, membina keyakinan dan memperkuatkan pertahanan diri. Itulah ibrah yang kita boleh ambil dari pelbagai sumber.
Cara itu, kita mampu memperkasa jiwa dan fikiran untuk kekal positif serta menjadi sekuat besi. Andainya putus asa menjengah, itu lumrah kerana kita hanya manusia biasa. Tetapi kita boleh menjadi manusia luar biasa andai meneladani jiwa yang ada pada Rasulullah SAW iaitu jiwa tenang.
Mari kita mencontohi golongan salafusoleh. Jika ada perkara yang membuatkan mereka tidak puas hati dan bersedih, tidak ada tempat sebaik-baiknya untuk mengadu selain Allah SWT. Ini kerana sifat Allah SWT, tidak pernah menghampakan hamba-Nya.
Allah SWT tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhan hamba-Nya walaupun untuk perkara yang sama berjuta kali pun, berbanding manusia yang apabila mendengar perkara yang sama akan cepat marah dan memberi maklum balas mengecewakan.
Kita harus bersabar untuk mengharapkan reda Allah SWT dan sifat sabar itu juga boleh memberi ketenangan kepada jiwa. Orang yang jiwanya damai, hatinya sentiasa tenang. Jangan putus asa walaupun kita dalam proses untuk bertenang.
Sebuah kisah kehidupan yang sarat dengan hikmah. Yang kita boleh jadikan ibrah. Belajar menjadi insan budiman daripada taqdir diri dan seluruh sahabat-sahabat kita.
Insyallah, tema Mihrab Coaching kali ini adalah Ibrah Dari Taqdir. Alhamdulillah, kali ini ramai ahli panel yang berpengalaman dan sarat dengan ilmu untuk berkongsi dengan kita menerusi siri Mihrab kali ini. Dalam siri pengajian kali ini juga, Dr Ustaz Azahar Yaakub dan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa akan membimbing para peserta dalam siri Mihrab Coaching bertemakan Ibrah Dari Taqdir. Moga ia mebantu untuk hari-hari kita menjadi lebih baik dalam meraih redha Allah.
Ada para peserta bertanya, adakah saya boleh tonton semula siri pengajian yang lepas?
Insyallah boleh. Para peserta yang sertai kelas Mihrab Coaching boleh tonton berulangkali untuk ulangkaji dan tambahkan kefahaman. Sekiranya bekerja atau ada komitment lain pada tarikh tersebut, boleh tonton balik. Insyallah, Boleh baca nota-nota para peserta lain di ruangan komen untuk tambahan ulangkaji.
Gambar para peserta (Sahabat Mihrab) pada sesi pengajian Mihrab Coaching yang lepas.
Terima kasih semua. Selamat datang. Alhan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum kepada satu program exclusive Mihrab Coaching 9.0 | Ibrah Dari Taqdir
Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya,maka Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami ya Allah, ampunilah kami ya Allah. Mudah-mudahan Engkau bimbing kami, berikan kami ilham yang terbaik, kebijaksanaan, hati yang mulia ya Allah untuk kami dapat mengenalmu dan mendapat keredhaanmu. Amin.
Moga selepas kelas ini kita akan lebih terasa kemanisan iman dan khusyuk dalam ibadah. Moga mihrab coaching kali ini memberi makna yang besar dalam hidup kita dalam membentuk qalbun saleem dan peribadi taqwa.
Yuran Komitmen : RM130
Bila Link FB Group Exclusive MC akan dapat?
FB Group Exclusive MC akan dapat melalui email selepas pembelian disahkan dalam tempoh 24jam. Sila sertai segera FB Group selepas mendapat link melalui email. Pastikan email betul dan sila semak email dari pihak Elhafeeza untuk sertai group FB.
Sebarang pertanyaan, boleh whatsaap customer servis di 019-6066697