Mihrab Zikrullah dari bumi Haramain

Mihrab Zikrullah adalah majlis zikir bersama Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.
Mengambil peluang al-Fadhilah Ustazah berada di bumi Makkah dan Madinah untuk umrah dan ziarah, maka insya Allah kita akan sama-sama dibimbing untuk munajat bersama-sama, zikrullah, wirid , muhasabah dan pengisian rohani dari beliau.
Insya Allah ustazah akan membimbing kita untuk memperhalusi tentang taubat dan muhasabah diri, mudah2an hidup kita terpandu untuk terus berada di atas jalan yang lurus, diredhoi dan diberkati oleh Allah SWT.
Di bawah ini maklumat detail mengenai Mihrab Zikrullah.
Program : Mihrab Zikrullah bimbingan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa Dari Haramain.
Tarikh & Lokasi :
22 September 2022 ( Mekah)
27 September 2022 ( Madinah)
Masa : 9 malam (Waktu Malaysia)
Platform: Zoom ( Terhad 1000 orang sahaja)
Terbuka Kepada Muslimat Sahaja.
Yuran Komitmen : RM20
Cara Pendaftaran :
1. Peserta membuat pendaftaran di onpay
2. Peserta akan menerima email untuk join group facebook
3. Terus join group Facebook dan dapatkan info di dalam group. Zoom link akan diberikan di dalam group Facebook
Moga Allah mudahkan dan berkati kita semua untuk program Mihrab Zikrullah dari bumi Haramain.