MMC Rumahtangga Syurgawi : Realiti & Rawatan

Apa itu bahagia? Setiap dari kita mempunyai definasi yang berbeza mengenai bahagia berdasarkan apa yang kita ingini. Antara anugerah terindah yang Allah kurniakan pada kita adalah Allah berikan kita sebuah keluarga. Di dalamnya adanya pasangan yang kita cintai, anak-anak yangi kita sayangi, ibu bapa kita, adik beradik kita, mertua kita dan siapa yang hadir dalam hidup kita menyempurnakan kebahagiaan kita. Dalam rumahtangga, kita sangat mengimpikan rumahtangga syurgawi. Hidup penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati dan penuh harmoni.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” al-Rum: 21.
Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya. Syukur kerana Allah hadirkan kita sebuah keluarga. Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.
Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Kerna itu kita perlukan ilmu dan bersama orang soleh agar kita boleh membina rumahtangga syurgawi.
Mari kita merenung sebuah hadith Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmidzi.
” JIka ALLAH menginginkan kebaikan kepada penghuni satu rumah, maka DIA akan memasukkan ke dlm rumah tersebut kelembutan”.
Justeru, mari kita menilai suasana dalam rumah yang kita diami. Bagaimana akhlak suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, sesama adik beradik, dengan pembantu dan sebagainya.
Kelembutan itu lebih dekat dgn kecintaan Allah. Moga ilmu yang kita pelajari dapat di aplikasikan dalam membina rumahtangga syurgawi.
Kita hayati lirik lagu Rumahtangga Syurgawi
Setiap dari kita inginkan rumahtangga syurgawi. Semua ingin bahagia, semua ingin keluarga sakinah, keluarga yang penuh berkah. Rumahtangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan antara pasangan.
Jom kita upgrade ilmu, motivasi dan semangat dengan kalam nasihat dari para guru dalam membentuk rumahtangga syurgawi.
Siapa Yang MESTI menyertai Mukim Mihrab Coaching : Rumahtangga Syurgawi bertemakan Realiti & Rawatan (Healing)
- Pasangan suami isteri pada segenap usia/tempoh rumahtangga telah berlangsung.
- Pasangan suami isteri yang sedang menempuh ujian dalam alam rumahtangga
- Bakal-bakal suami, bakal isteri, bakal ibu dan bakal bapa .pemuda pemudi yang sentiasa bersiap sedia memegang amanah keluarga. Khusus juga kepada suami isteri atau keluarga yang sedang melalui ujian berantakan, tekanan dan lain-lain.
- Pendamba kehidupan di dunia dan akhirat.
Senarai Tajuk E-Video Rumahtangga Syurgawi Siri 1
