Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.”
Pada suatu hari Rasulullah saw menangis, maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?"
Maka jawab baginda saw, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?"
Jawab baginda saw, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." HR Muslim
Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
Jom sahabat-sahabat kita perbanyakkan selawat kepada baginda Nabi saw.
Kebaikan Rasulullah saw bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita.
Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang.
Inilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A‘la(Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta.
Itulah cinta Rasulullah saw. Itulah yang mesti ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-sama baginda Nabi saw di dalam syurga. Dan sewajar selalu bertanya kepada hati sendiri, “Di mana Rasulullah di hati. Adakah benar kita mengenali baginda Nabi saw? Berapa banyak akhlak, peribadi dan sunnah Rasulullah saw yang hidup dalam kehidupan kita dan keluarga kita seharian?
Oleh itu, kami telah mengumpulkan koleksi kuliah menerusi pengajian Daurah Mihrab Cinta Rasul bersama Dr Ustaz Azahar Yaakub dan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa di dalam Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul . Pengajian yang lebih bersilibus menerusi Kitab Mulhimul A’lam (Muhammad Sang Inspirator Dunia). Tujuan Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul ini agar cinta di hati kita sentiasa subur dan mekar pada Rasulullah s.a.w. Dengarilah bersama pasangan dan ahli keluarga. Jadikan sebagai silibus dalam rumahtangga. Ulang dengar. Moga suburkan cinta Rasulullah saw dalam rumahtangga kita.
Untuk hati yang merindukan Rasulullah saw, dapatkan sekarang Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul


Senarai tajuk Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul
PENDRIVE DAURAH MIHRAB CINTA RASUL.
✅ Jumlah Kuliah : 51 Koleksi Kuliah
✅ Bilangan Penceramah : 2 (Dr Ustaz Azahar Yaakub & Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa)
✅ Durasi Masa : Durasi 41 Jam
✅ Format : Audio (mp3)
✅ Tajuk Kitab Pengajian : Kitab Mulhimul A'lam (Muhammad Sang Ispirator Dunia)

Kitab Mulhimul Alam (Muhammad Sang Inspirator Dunia) di jadikan rujukan utama dalam pengajian ini dan dikumpulkan dalam Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul
Feedback Peserta Sepanjang Pengajian Daurah Mihrab Cinta Rasul. Alhamdulillah, sekarang pengajian dikumpulkan dalam Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul




Harga Promo Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul RM180. Hasil belian dari tuan puan juga di sumbangkan kepada Madinatul Huffaz.
Terima kasih kepada Tuan puan membantu menyumbang kepada pembangunan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz menerusi pembelian Pendrive Daurah Mihrab Cinta Rasul
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi customer servis kami di https://wasap.my/60145097966/pendrivedmcr