Zikir Munajat dari bumi Haramain

Zikir Munajat adalah majlis zikir dibimbing oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dari bumi haramain.
Mengambil peluang Ustazah Norhafizah Musa berada di bumi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah dan ziarah pada bulan Ramadhan , maka insya Allah kita akan sama-sama dibimbing untuk zikir munajat bersama-sama, zikrullah, wirid , muhasabah dan pengisian rohani dari Ustazah. Moga kita juga boleh amalkan Zikir Munajat ini terutamanya sepanjang bulan Ramadhan.
Insya Allah ustazah akan membimbing kita menerusi majlis Zikir Munajat ini. Moga hidup kita terpandu untuk terus berada di atas jalan yang lurus, diredhoi dan diberkati oleh Allah SWT.
Di bawah ini maklumat detail mengenai Zikir Munajat di bumi Haramain bersama Ustazah Norhafizah Musa. Insyallah, majlis zikir munajat ini kita mengambil waktu yang paling barakah, paling tenang iaitu pada waktu sepertiga malam, waktu Qiamullail.
Program : Zikir Munajat bimbingan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa Dari Bumi Haramain.
Tarikh & Lokasi :
25 Mac 2024 | Isnin ( Mekah)
29 Mac 2024 | Jumaat ( Madinah)
Masa : 4.00 pagi (Waktu Malaysia)
Platform: Zoom.
- Video Rakaman juga di sediakan untuk ulangkaji
Terbuka Kepada Muslimat Sahaja.
Yuran Komitmen : RM50 (Akan disumbangkan juga kepada Maahad Tahfiz Madinatul Huffaz)
Cara Pendaftaran :
1. Peserta membuat pendaftaran di onpay
2. Peserta akan menerima email untuk join group facebook
3. Terus join group Facebook dan dapatkan info di dalam group. Zoom link akan diberikan di dalam group Facebook
Moga Allah mudahkan dan berkati kita semua untuk program Zikir Munajat bersama Ustazah Norhafizah Musa dari bumi Haramain.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Customer Service di https://www.wasap.my/60145097966/zikirmunajat